Wednesday, 23 December 2009

Driver Komputer

Backup Driver Perkakasan Dahulu Sebelum Format Komputer. 3 Perisian Membantu Anda Backup Driver Pada Windows

Anda mesti mengalami masalah mencari driver perkakasan selepas memformat komputer anda. Saya juga telah menceritakan betapa pentingnya driver [ pemacu peranti ] untuk sesebuah komputer dalam artikel yang lepas “ Perkakasan Perlukan Driver ”. Jadi, buatlah simpanan driver bagi setiap komponen, perkakasan dan perisian komputer anda sebelum anda melakukan proses mengkitarkan semula cakera keras anda itu.
Bagi yang mempunyai CD driver mungkin tidak jadi masalah.. Bagi yang kehilangan CD driver atau sudah rosak ini yang menjadi masalah..Tanpa driver, perkakasan anda seperti motherboard, sound card, video card tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Dan anda perlu tahu juga di mana sesetengah driver komputer OEM [ Original Equipment Manufacturer ] di buat khas untuk komputer itu sahaja dan sukar untuk di temui di internet.

Untuk menyelamatkan dari semua ini berlaku, anda perlu backup semua driver – driver yang ada. Dan bagaimana caranya ?3 Perisian Backup Driver [ Pemacu Peranti di Windows ]
1. DriverMax

Perisian ini PERCUMA. Ia mudah untuk digunakan untuk memasang semula driver pada Windows. Tidak perlu carian untuk driver pada disk atau pada web atau masukkan CD installation. Anda juga boleh export driver terkini yang ada pada komputer anda kemudian simpan pada folder tertentu dan gunakan semula selepas format komputer anda semula.

Banyak fungsi – fungsi lain, seperti anda boleh muat turun atau sedut driver terbaru, mengetahui driver report, rollback driver dan restore points. Cuma anda perlu buat akaun percuma, masuk dan anda boleh muat turun driver yang anda mahukan. DriverMax ini hanya boleh digunakan pada Windows 7, Windows Vista, Windows XP dan Windows 2003
Muat turun DriverMax
2. Double Driver
Double Driver salah satu perisian backup driver yang senang digunakan. Ia membenarkan anda untuk melihat semua driver yang dipasang pada sistem komputer anda malah membenarkan juga untuk anda membuat backup, restore, simpan dan mencetak semua maklumat driver.
Ia PERCUMA, dan anda boleh muat turun Double Driver
3. DriverMagician
DriverMagician perisian paling mudah dan mempunyai fungsi backup driver. Ia mudah digunakan. Apa yang anda perlu lakukan ia pilih driver yang anda hendak backup dan pilih lokasi di mana anda hendak simpan. Senang bukan. Ia memerlukan masa yang sedikit melakukan proses ini.
Muat turun DriverMagician

Perihal Komputer

3 Perisian Mengembalikan Fail Yang Terpadam

Di dalam artikel saya yang lepas, Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ? , dimana artikel ini menerangkan tentang fail anda disimpan setelah dipadam. dan fail ini juga dapat dikembalikan seperti asal sekiranya anda terpadam dengan tidak sengaja dengan menggunakan perisian - perisian tertentu. Disini ada 3 perisian yang dapat membantu anda untuk mengembalikan fail anda kembali.
1. Recuva
Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Priform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva iini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.

Anda boleh mencari mengikut jenis – jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg and png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] . Dengan kaedah carian mendalam fail akan dicari dengan meluas. Klik disini untuk memuat turun perisian ini.
2. PC Inspector File Recovery
PC Inspector File Recovery juga sejenis perisian mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.

Sorang pembaca blog ini telah mencuba perisian ini, anda boleh membaca komen nya di sini. Untuk memuat turun klik di sini.
3. File Recovery Professional
File Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.

File Recovery Pro ini boleh mengembalikan data dari
• Partitions yang hilang atau terpadam
• Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah.
• Fail yang diserang virus yang dipadam
Muat turun perisian : File Recovery ® Professional

REPAIR KOMPUTER

KEPADA SEMUA YANG MEMPUNYAI MASALAH KOMPUTER DI SEKITAR PASIR MAS, KELANTAN BOLEH LAH HUBUNGI SAYA DI ALAMAT KG BAYU LALANG, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.

UNTUK FORMAT BARU
MENAIKTARAF KOMPUTER
UNTUK MEMASUKKAN GAMES BARU
DAN LAIN-LAIN

PENGAMBILAN PELATIH BAGI KURSUS ELEKTRONIK AUDIO VISUAL TAHUN 2010

KEPADA SEMUA YANG BERMINAT MENGIKUTI KURSUS ELEKTRONIK DI GIATMARA KOTA BHARU BOLEH LAH DATANG TERUS DI GIATMARA KOTA BHARU JALAN TELIPOT UNTUK MENDAPATKAN BORANG.